Monday, February 2, 2009

rebellion demi cinta -2-

"H-heello.." fiqa menyahut panggilan Fiq yang entah ke berapa tah.

Dari sudut mataku aku hanya menjadi pemerhati yang setia.

'Dalam benar kedudukan si Taufiq ni dalam hati minah ni, sampai cakap pon tergagap-gagap. Pelik betullah realiti boleh plak cakap selamba bapak dye tapi dalam phone haishh.. hampeh! pelik benor den.' gumam hati kecilku.

"f-fiq.. de-dah ma-makan blom?" soal fiqa tergagap-gagap.

"weh, ko ni sejak bler kena pe-penya-nyakit ga-ge-gap niyh?" aku meniru aksi Fiqa tergagap-gagap, dye hanya mampu mencebik.

'Adei, geli perut pun ada, geli hati lagi la ada, menyampah melampau-lampau pun ada. Jangan salah sangka bukan menyampah sebab cemburu ke apa, tiada niat hitam di dalam hati tapi sejujurnya perasaan menyampah muncul apabila kita tahu hakikatnya kawan baik yang teramat baik kita ni hampeh bler gayut.. hahahaha.. tak boleh blah..'

"k-kayla-la Fiq bye..!" Fiqa menamatkan panggilan mereka.

"weh, den pelik bebonar dengan kam0 ni." aku mula bercerita dengan longhatku.

"Kamo jumpe dye tue depe-depe boleh cakap tapi kamo dale tep0n macam brek kete.. scrett.. scrett.. screett.. tak lancar langsung! Pergh!!" aku memerli Fiqa hidup- hidup.

'Aku ni memang jahat, sab0 je ler sayang.' hati kecilku merengus.

Aku tersengih-tersengih terhadap Fiqa ingin meneruskan perang usik-mengusik.

Fiqa tayang muka seposen.. 'Cover malu la tu..'

"Dah la wei, aku lapar ni. Jom gi makan." aku berkata setelah lama berdiam diri, ceh lama la sangat.

"...." Fiqa hanya mampu tersenyum sampai mengetap bibir bawahnya. Munkinkah dye marah ataupun ingin menahan ataupun.....

"AAAA!!! Bestnyer dapat cakap dengan FIQ!!!!!" Fiqa menjerit secara tiba-tiba.

'mak dd-datuk!!! nasib baik tak lemah jantung kalo tak boleh mampos aku kat sini. Gler betul minah ni jerit sikit main kuat. dah tu out of blue pulak tue.' aku menggerutu dalam hati.

"Weih! Ko ni pehal happy sangat ni? Cakap je dengan dye bukannya dye ajak kahwin pun!! Dah melalak cam orang gila. Malu aku nak mengaku kawan." aku memerli Fiqa.

"Dye ajak aku jadi awek dye!!!! AAa~~!!! BESTNYER!!!!" Fiqa menjerit menyampaikan 'happy news'.

Tetapi entah kenapa aku rasa tersentap. Tiba-tiba rasa macam susah nak bernafas. Tiba-tiba hati rasa sakit. Sakit yang tak dapat diungkapkan. Sakit yang tak dapat dileraikan.

'Kenapa dengan aku ni. Kenapa tiba-tiba susah nak bernafas niyh! Kenapa aku rasa macamni? Mana mungkin aku.... cemburu? Aaa!! Masakan! Tak mungkinlah!' aku cuba meyakinkan diriku yang berada dalam dilemma.

"Oh, really? Wow~ Congrats!!" aku berpura-pura gembira di depan Fiqa. Aku berlakon aku gembira tetapi pada hakikatnya aku masih lagi tersentap. Masih lagi sakit. Hakikatnya aku tidak suka sama sekali dengan khabar baik itu. Tetapi kenapa?....

'Kenapa Fiq harus mengungkapkan kata-kata sayang kalau pada dasarnya Fiq sukakan Fiqa. Kenapa harus Fiq bermain kata-kata kalau hakikatnya mereka tidak bermakna? dan.. Kenapakah aku mengambil pusing kata Fiq?? Hati oh hati, jangan kau buat hal hati!!' aku cuba berkata-kata pada diriku. Sungguh aku berada di ambang kekecewaaan dan ketidakpastian.

Selepas makan besama Fiqa aku pulang ke rumah menyiapkan assignment Prof Idris.

Hatiku memberontak. 'Kena jugak aku pinjam minah ni punya projek, beng-ong betullah!' Tiba-tiba perasaan marah terhadap Fiqa membuak-buak.

'Eh pehal aku marah sangat dekat Fiqa ni. Aishh! Sabar je lah.'

****

Hari silih berganti tanpa aku bersua muka dengan Fiqa dan juga Fiq. Maklumla asyik berkepit je mereka malas pula nak jadi orang ketiga.

'Mungkin mereka memang ditakdirkan untuk bersama... Fiqa dan fiq.. Nama pun dekat nak sama. Haishh' aku mengeluh untuk yang kali ke berapa tah.

****

Cuti semester akhirnya tiba. Aku cadang balik kampung. Fiqa ajak teman dia tinggal dekat sini tapi rindu dendamku terhadap kampungku membuatkan aku secara tak sengaja ternaik suara terhadap Fiqa.

'Fiqa, i'm sorry. I need time to heal.'


Alasanku sebenarnya satu penipuan. Memang aku rindukan kampungku, mak, ayah, adik, kakak tapi aku sebenarnya tengah cari jalan penyelesaian untuk meredakan hatiku yang panas ini.
Untuk mematikan api kebencian dan amarah yang membuak-buak dalam hatiku ini.

'Fiq pun dah lama tak call.'hatiku menjadi sayu. Perasaanku membuatku sedih dan semput, sukar rasanya untuk bernafas.

****

Pagi di kampung memang meriah. Bukannya dengar ayam dengan itik je dengar mak membebel, dengar ayah memekak dengar adik menjerit dengar kakak marah. wah!!! Memang meriah~ Macam ni lah pagi-pagi di rumah.

Mak marah adik malas mandi.
Ayah memekak kereta kena cakar kucing.
Kakak marah adik selongkar bilik.
Adik jerit sebab nak tegakkan benang yang basah.
Haisshh... hidup~

"Orang nak keluar jap pi ambil angin." aku mencelah di tengah-tengah keheningan rumah.

'Haishh, tak tenteram langsung duk rumah! macam pasar malam dari dulu sampai sekarang.'aku merungut.


****

Setelah jauh berjalan, memang jauh ok, aku sampai dekat tepi tasik. Tasik yang membawa kembali kenangan lampau.

"Awak nanti kita kahwin saya nak anak sepuluh orang!" kata jejaka buah hatiku.

"Awak gila apa? Awak ingat saya ni kilang buat anak ke? Awak beranak lah sendiri. Tak mau saya. Lagipun sapa yang pandai-pandai cakap yang saya nak kahwin dengan awak. Tak hingin saya!" aku mencebik sambil menjelir lidah terhadap Shackri.

"Eleh, jual mahal pulak. Anak tu rezeki Allah kalau dapat sepuluh tu kiranya berkat dan.. hmm.. kira subur la tue.. ekeke." dye mengekek.

Secara spontan aku mencubit paha kanannya.

"Adui! Sakitlah sayang!" Shackri mengadu.

"Padan muka." aku menjelir lidah terhadapnya.

"Sayang...."

'dia dah mula dah berbayang-bayang dengan aku. Ni yang aku lemah ni.'

Aku menjungkit kening kananku tanda 'apa'.

"Kalau ditakdirkan awak kahwin dengan saya, awak nak tak?" dia bertanya serious sekali.

"Kenapa awak tanya macam tu?" aku mula rasa menggelabah. Tak enak dek hati ditujukan soalan sebegitu.

"Katakanlah saya terlambat, sudikah awak tunggu kepulangan saya?" dye soal kembali tidak mengendahkan soalan ku.

"Kalau saya ditakdirkan kahwin dengan orang lain awak sudi terima saya lagi, walaupun sebagai kawan?" soalnya betubi-tubi.

"...."aku hanya berdiam diri.

"Awak saya tahu awak takut nak jawab tapi percayalah awak sayang saya terhadap awak tak pernah berubah. You're the one and the last."

Seminggu selepas soalan itu ditujukan aku mendapat berita Shackri berpindah ke tempat lain dan telah berkahwin.

Saat itu tiada apa yang penting. Aku hanya mahukan penjelasan! Tapi... aku tidak mahu berjumpa dengannya. Shackri tak guna!

Tanpa disangka-sangkakan air mataku menitis. Aku kembali ke realiti. Pedihnya masih terasa.

"Shackri...."aku membisik namanya.

'Kenapa harus aku gagal dalam perjalanan percintaan hidupku ini.

Aku kehilangan Shackri dan kini aku kehilangan Taufiq..

Mungkinkah aku ditakdirkan hidup bersendiri dan tidak berpasangan.

Mungkinkah itulah suratan takdirku?...

Kegagalan dalam percintaan kerana sikapku yang terlalu protective dan sukar mempercayai orang lain..

Mungkinkah?...

"Assalamualaikum.." satu suara yang sangat aku rindui kedengaran di gegendang telingaku.

'Mana mungkin!'

to be continue.. hahaha.. jangan marah^^