Tuesday, February 3, 2009

Mimpi yang sempurna.

~~this is frustrating!! nak ajak kwan ah masuk blogspot!!!! Hahaha.. ~~~~

cite pendek.. suka-suki jer ni.. tah tetiba ada idea.. nak smbg yg satu lg saja malas nk wat saspen.. hahaha..

****

Bayu laut begitu mendamaikan.

Begitulah hatiku yang kini tenang tanpa sebarang dilemma dan gangguan.

Tanpa sebarang keluh-kesah.

Tanpa sebarang cacat cela.

Sudah tiga hari aku membawa diri keseorangan di dalam lautan sepi.

Sudah tiba masanya aku menyendiri seketika.

Memikirkan segala epilog dan kisah-kisah cinta dan duka..

Memikirkan masa depan yang masih tiada kepastian.

Memikirkan tentang cinta yang masih meragukan.

Memikirkan cara penyelesaian yang terbaik tanpa melukakan sesiapa.

"Laut itu biru, yang penting 'i love you.'" butir bicara Haris berkumandang di telingaku.

"Benarkah?" aku tertanya kerana pada hakikatnya Haris itu terkenal dengan sikapnya, buaya darat, buaya laut apa lagi yang belum dilabel padanya.

Hatiku memberontak.

'Jangan jatuh cinta pada buaya darat tu naya kau. Ingat!' malangnya hati ini terlalu degil untuk mendengar nasihat.

Malangnya nasi sudah jadi bubur.

Malangnya aku sudah mula menyimpan perasaan yang ingin aku elakkan selama ini.

****

AKu mula bertapak di tempat yang serba gah ini sebagai setiausaha Encik HAris yang memang terkenal dengan kemahirannya berkerja dan kejayaannya yang terulung.

Dia juga bukan sahaja terkenal kerana kejayaannya tetapi kerana rupa parasnya dan peribadinya yang memukau.

Orangnya tinggi, kacukan cina dan melayu, putih dan matanya coklat hazel. Sepasang mata yang boleh menghayutkan sesiapa sahaja yang lemah imannya. Badannya tegap dan sasa. Berperibadi menarik, berkaliber dan pandai berbahas, apatah lagi pandai berbunga-bunga. Malah latar belakangnya daripada keluarga kaya dan baik.

Boleh dikatakan dia ciri-ciri 'perfect man.'

kata-kata kawanku terngiang-ngiang di telingaku.

"Assalamualaikum.Saya..." tidak sempat aku menghabiskan salam perkenalan aku Haris memotongku.

"Saya tidak peduli langsung siapa awak yang penting jadual saya untuk esok mesti beres. Faham?" bicaranya kasar.

'Inikah Haris yang begitu sempurna. Huh! Kasar nak mamp0s.Harap muka je lawa, perangai hancur lebur!salah informasi tentang mamat ni!'

"Awak ni bisu ke pekak? Jawab la ye ke tak!" kata Haris mematikan lamunanku. Entah sejak bila dia berdiri di hadapanku, begitu dekat sampaikan aku... beralah ke belakang dan jatuh terduduk.

'Adui! Malunya!! Pandangan pertama aku habis hancur, secretary kolot!' butiran yang menyakitkan kalbu muncul seperti perkataan-perkataan di skrin komputer.

Lemah gemalai.... dan menyakitkan hati.

"Se-saya paham."aku menjawab dan cepat-cepat bangun daripada posisi aku yang terlampau cun tu.

Semenjak hari itu, hidup aku tidak sama sekali pernah aman.

Pukul 3 pagi emel daripada bos pasal kerja.

Pukul 4 pagi emel tentang komplain.

Pukul 5 pagi emel rancangan induk.

Pukul 6 pagi ada sms mengenai makan pagi dengan Datuk Johan.

Pukul 7 pagi ada panggilan daripada bos.

Pukul 8 pagi jadi 'bodyguard' Haris kena selesaikan masalah ex dia.

Pukul.................

Alkisahnya setiap masa aku diperuntukkan untuk Haris dan hanya Haris, termasuklah masa rehat aku. Selama tiga bulan bekerja tiga bulan itulah aku menderita dan terseksa.

Haris suka-suka sahaja buat aku macam kuli dia. Tidur aku pun dia potong pendek. Sudahla makan minum dia aku kena ambil pusing ni baju dia kat dobi pun aku kena ambil.

'Argh, sedihnya!' sakit satu badan aku ni!


"Nanti awak tolong bawa baju saya pergi dobi pukul 8 dan datang balik sini sebelum pukul 9.30 ok saya ada meeting yang nak kena pergi awak kena siapkan report dan profile company tu." Haris berkata selamba tetapi dengan nada mengarah.

"Encik Haris kalau jam macam mana? Lagipun report apa ni?"soalku menggaru kepalaku.

"Syarikat Agung Holdings."

"Bila masa Encik Haris suruh? Saya tak ingat pun." tanyaku kebingungan.

"Sekaranglah!" arahnya.

"Mana sempat siap."

"Awak jangan bagi alasan dengan saya, faham!" marahnya tegas.

"O-ok." jawabku kecut perut kerana sergahan Haris.

****


'Mamat ni melampau! Melampau memang melampau!Dia buat aku hamba dia!' getus hatiku.

"Encik Haris profile dia dah siap!" kataku berpeluh-peluh kerana mengejar masa. Nasib baik Syarikat Ulda Holdings pernah buat projek bersama dengan Syarikat Agung Holdings, jadi profile Syarikat senang diperoleh.

"Bagus, letak atas meja tu. Nanti saya cek. Anyway meeting tu hari Sabtu, note that okay?" kata Haris selamba.

'Apa?!!!!!!!' hatiku mula panas, darahku membuak-buak ingin meletup! Tak boleh jadi ni! Melampau!'

"Encik Haris ni ingat saya ni kuli Cik Haris ke? Ke robot?! Separuh mati saya kejar masa saya buat itu buat ini, tidur tak cukup, buat kerja yang dek tak masuk akal, hantar baju kat dobi yang kononnya dekat sini sedangkan nak dekat setengah jam bontot saya panas pandu pergi balik kedai dobi tu, lagi nak siapkan profile tu yang saya ingat Encik Haris nak guna kejap lagi,terkejar-kejar, terlari-lari macam orang gila sebab Encik Haris sedangkan minggu depan baru Encik Haris nak guna. Dahla tengah-tengah malam orang tengah syok tidur emel, sms lah and telefon oranglah. Hantar bungalah kat minah manatah. Lepas tu, harap maaf Encik Haris sibuk. Saya jadi mangsa amarah dorang. Dorang maki hamun saya, saya sabar je tetapi sekarang ni. Encik Haris ni memang melampau! Memang dah melampaui batas! Harap muka je lawa perangai hampeh. Dah tu boleh tersengih-sengih lagi orang tengah marah ni! Is ni gila ke apa?! Ke Is ni sewel! Saya letak jawatan lah macam ni! Saya dah tak larat buat kerja gila ni!" aku melepaskan segala amarah dan dendam yang terpendam.

"Awak ni kelakarlah!" pendek sahaja jawapan Encik Haris tetapi begitu meyakitkan hati.

"APA??!! Is ni gila ke?? Ke memang sewel?! Orang memang tengah marah ni dia boleh cakap orang buat lawak. Apa yang lawak sangat hah? Saya macam orang bodoh ke terkial-kial buat kerja yang Is suruh?!"aku terus memarahi Haris. Geram sungguh rasanya apabila diperlakukan begitu.

"Saya nak tanya sesuatu boleh?" Haris tanya selamba dan masih tersengih-sengih.

'Eeei! Geramnya!'

"Is nak tanya apa?" aku mencebik, sudah bersiap sedia nak lawan bahas dengan Haris. Hebat tak hebat aku ni berbahas kalau aku dah panas sah pusing ikut mana pun aku mesti nak menang!

"Will you marry me? Be beside me as my wife, be the mother of our kids and be a daughter and sister to my parents and siblings?"

"Saya Is dah... APA??!!! Ulang balik!" soalku separuh nyawa.

'tadi macam salah dengar je.'

"Will you marry me, be beside me as my beloved wife, be the mother of our little babies, be a faithful daughter to my parents and a good sister for my siblibgs?" ulangnya.

"Huh?"

"Wil you..."

"No, no. Saya faham tapi apa yang Encik Haris merepek ni?" soalku keliru.

"Eh, Encik Haris pula bukan Is ke?" soal Haris tersengih-sengih.

"Huh? Apa Cik Haris..."

"Aishiteru."

"Huh?"

"Saranghaeyo."

"Apa?"

"Jetaime'.

"Apa yang Encik Haris cakap ni?"

"Wo ai ni."

What?"

"Saya cintakan awak."

"Hah?"

I. LOVE. YOU"

"What?"

"I love you since the first day I lay my eyes on you. The first day I find out that you're clumsy. The first day I saw you fell down and you pout. I love you!"

"Encik Haris demam ke?" soalku risau.

"Demamkan awak."

"Huh?"

"Saya jadi tak tentu arah bila saya dengan awak. I want you to be mine. I really want you but I also want to test you, whether you're though or not to handle the pressure with me or you want my money.. Saya fikirkan tentang awak setiap masa. It's driving me nuts!"

"Chup! Encik Haris jadikan tikus uji kaji Encik Haris la maksudnya?" soalku dengan nada yang tegang. Aku tak percaya yang aku dipermainkan hidup-hidup!!

"saya.."

Belum sempat dia meneruskan kata-katanya aku pergi dari situ. Hatiku sakit, marah dan geram kerana dipermainkan. Akhirnya di sinilah kini aku berada. Jauh daripada Haris.
Daripada pejabat. dan daripada apa yang sewaktu dengannya.

"Dia jadikan aku tikus eksperimen dia! Bengang betul! Panas!!" gumamku sendiri.

Tetapi entah kenapa aku kembali tersenyum.

'Indah sungguh perasaan rasa dihargai. Haris, oh Haris kau sudah terlambat. Mungkin kau sudah dapat memancing perhatianku tetapi sunggh aku tidak dapat menjadi milikmu kerana aku bukan untukmu.' keluhku.

'Rasa kecewa menyerbu diriku. Sedih tak menentu. Kenapa apabila aku mula mengenal erti sayang, suka, cinta dan rindu aku perlu belajar melupakannya kembali?' tangis hatiku.

'Oh, hati lupakanlah jejaka itu! Dia bukan untukmu ingati dan rindui.'

Petang berikutnya aku buka emelku.

Ingin mengisi masa luangku daripada duduk termenung sahaja baik buat sesuatu.

'Kenapalah duk ingat Haris je ni!!! Arghh!!' marahku pada diriku kerana bayangan Haris masih di ingatanku.

Emel daripada Haris...

'Hish! Panjang nyawa mamat ni! Aaaa~~ Lupakan lah dia!!!' aku menjerit dalam hati sambil menekan emelnya.

Sayang..
I know you must be angry now, saya faham.
Saya pun akan marah kalau diperlakukan macam tu.
Tapi I have too.
Sebabya saya buat macam tu sebab saya nak tengok sejauh mana awak mampu bertahan dengan perangai saya.
Sejauh mana awak boleh handle presure.
Sejauh mana awak boleh handle problem yang berkaitan dengan ex sy.
sejauh mana awak mampu handle saya, jaga kebajikan saya dan perihatin terhadap saya.
dan sejujur-jujurnya saya percaya awak diciptakan untuk saya.
Sekejap sahaja awak boleh tahu apa yang saya suka, macam mana nak handle kerja professionally macam awak dah lama buat, tahu apa yang saya tak suka, tahu mengatur masa and awak tak cuba goda saya pun macam perempuan lain.
Awak lain daripada lain, sebab tu saya tertarik dengan awak.
Awak banyak berkorban demi saya dan tak banyak komplain.
Awak buat saya rasa kagum sampai saya rasa hari saya tak sempurna tanpa awak.
Awak menjadi igauan saya pagi, petang, siang, malam, setiap saat, setiap detik saya hanya mampu fikirkan tentang awak.
Senyuman awak, muka marah awak, gelak tawa awak, muka ttension awak dan muka risau awak. Semuanya sempurna bagi saya.
Saya bagi awak cuti bergaji 5 hari.
Take your time and think carefully.
Saya taknak pressure awak.
Be save.
I love you.

Haris.

Hatiku tersentuh, gugup tak semena-mena. Tak pernah orang berkata sebegitu padaku. Tak pernah orang begitu menghargaiku. Tak pernah orang prihatin terhadap diriku. tak pernah ada orang ambil pusing tentang kewujudanku.

Haris.. Kau buat aku rasa istimewa, tapi punyakah aku perasaan yang kau dambakan? Aku sukakan kau, terlalu sukakan kau sebenarnya tetapi malangnya suka itu hanya aku sahaja yang tahu kerana kau sudah terlambat. Aku tak dapat beritahu kau apa yang hatiku inginkan sekarang adalah kau.

Hari ke-6. Aku pergi ke kerja seperti biasa, cuma hati ku agak kencang. rimas tak tentu arah.
Menggelabah sentiasa. Nama dan wajah Haris berlegar di ingatanku.

'kenapa Is belum smpai?'

'Kenapa rindu sangat nak tengok dia ni!! Aishh~!!!!!! Haris!!! Mana kau niii!!!' aku menarik muka masam.

'janganlah macamni!' aku pujuk diriku.

Tiba-tiba aku terlihat kelibat yang aku nantikan. Gemuruh merayap ke seluruh anggotaku.

Mata hazelnya yang dalam menusuk ke dalam jantung hatiku.


"Is... I'm sorry but I don't love you." kataku lemah dan serba salah.

"You will learn to love me like I love you." katanya tenang.

"Tapi.. Saya dah ada orang yang saya nantikan dan cari selama ni." kataku ingin memastikan bibik-bibik harapan tidak sempat berputik dalam hati Haris.

'Sungguh pendek pertemuan kita, macam mana perasaan cinta itu dapat muncul?' pujuk akalku agar jangan terlalu ikutkan perasaan walhal aku tahu hakikatnya aku sudah mula menyimpan perasaan padanya.

'Malahan Haris sentiasa tegang dan serious dalam kerja, mana mungkin perasaan suka boleh wujud.' akalku masih cuba memujuk.

'Mungkin sekejap je kot dia suka dekat aku pastu tukar pula macam yang lepas-lepas tu.' kataku dalam hati.

Kenyataan itu menyentap ketenangan jiwaku. Sakitnya kalau diperlakukan begitu. Minta simpang!

Lagipun aku telah berikan sepenuhnya keputusan jodoh kepada kedua ibu bapaku. Malah sudah ada yang merisik, tapi apa tah nama dia lupa pula. Pelik sangat!

Ayah dan mama pun dah setuju.

"Awak.." aku memotong kata Haris.

"Lagipun tak lama lagi saya akan bertunang, awak lupakan lah saya. Anggap sahaja saya sebagai sahabat awak."kataku tenang.

'Arghhh!!! Kenapa lah macam ni jadi??!!! Aku dah jumpa orang yang aku suka.. tapi dia tu serious ke? Ke dia akan buat macam bekas- bekas dia tu, couple and clash and buhbye.. arghh!!! geramnya!!! tapi.. tapi.. aku tak boleh berdalih dah, aku memang sukakan dia! dah mula rindukan Haris.' ratap hatiku.

"Haha..'' Haris tergelak kecil.

"Kenapa?"

"Tidakkah awak mengecam saya sayang?" soal Haris sambil tersenyum simpul.

"Haris Ezmire, nama saya tak membawa maksud apa-apa dekat awak ke?" soalnya masih tersenyum besar.

Muka Haris kelihatan ceria dan seolah-olah bersinar-sinar.

"Tak."

"Sayang.. Saya Haris Ezmire bin Md. Shah.." katanya lagi.

"Apa yang awak nak sampaikan ni Haris saya tak faham, memang nama awak Haris Ezmire bin Md..... owh!" hilang kata-kata apabila akhirnya aku tersedar, ternyata bakal tunangku ialah Haris!

Kata-kata mama mula kembali ke dalam ingatan ku.

"Manis orangnya, angah. Nama pun sedap, anak Datuk Shah."

"Anak Datuk Shah?" aku soal Haris setelah lama diam terpaku.

Dia tersenyum simpul.

"Tapi nama ayah awak.."

"Saja tak nak letak 'Datuk' tak best!" kata Haris sambil mejelir lidah dan mengenyit matanya ala-ala anak nakal dan comel.

Aku berada dalam awang-awangan... Benarkah ini realiti ataupun mimpi yang sempurna??



The end~