Thursday, February 5, 2009

rebellion demi cinta 3

"Shackri???" tergamam seketika apabila menatap wajah di hadapanku.

'Kenapa dengan kau?? Kurus sekali.. Pucat dan oh, tidak bermaya.. Kenapa dengan kau?' tangis hatiku.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam."

Aku kebuntuan idea. Apa yang perlu dikatakan. Apa yang perlu diborakkan.

"Kenapa awak menangis?" soalnya lembut sekali membuatkan lemah segala sendi-sendiku.

"Te-tak. Mana ada nangis... Tadi...."

"Habuk masuk mata.: pintasnya.

"Ah'ha." aku menggaru kepalaku secara spontan.

Bukan kerana gatal tetapi kantoi, penipuanku terserlah merlah!

"Syg, macamlah sehari dua abang kenal sayang." katanya selamba.

"Huh?" soalku keliru, terkejut dan tersentak semuanya bercampur aduk.

"Oh, I'm sorry." jelas dia juga terkejut dengan keterlanjuran dia.

"It's fine. I think saya nak balik dulu lah, dah lama saya keluar ni."

"Awak taknak tau apa jadi?" soalnya mengabaikan kenyataanku tadi.

"Apa?'' soalku pura-pura tidak mengetahui.

"Khabar saya kahwin dan.."

"Tak perlu!" pintasku pantas.

"Dah jelas lagi nyata tak perlu diungkitkan kisah lama."

"Semuanya tipu belaka! Abang tak pernah kahwin dah tak pernah pindah!" katanya pantas.

"APA?!!"

"Abang terpaksa." katanya sambil mengeluh besar.

"Kenapa pula?" soalku perasaan ingin tahuku memuncak.

"Sebenarnya, ayah abang suruh abang kahwin dengan Kamelia. Kamelia ugut dia akan bunuh diri kalau abang tak. Abang tak nak tanggung dosa orang bunuh diri sebab abang. Abang terpaksa akur. Kami pun bertunang. Semasa kita bercinta abang dah terikat dengan Kamelia. Tiga hari sebelum kahwin Kamelia muntah-muntah. Kononnya sakit perut. Abang bawa dia pergi klinik. Rupa-rupanya dia mengandung dan..." Shackri berhenti berbicara sebentar sebelum sambung kembali cerita rancaknya " bukan benih sebab abang tak pernah sentuh dia lagi walaupun tangan dia. Abang tak sanggup membesarkan anak yang bukan benih abang tapi sebab tak mahu jatuhkan maruah keluarga Kamelia abang terpaksa berpura-pura jadi suami Kamelia sampailah anak selamat dilahirkan dan mereka pindah ke tempat lain. Abang minta maaf abang tak cerita kat sayang. I'm sorry I hide this from you. I came back for you tapi you left without goodbye." katanya dengan nada yang penuh rasa bersalah dan kecewa.

'Kini aku mengerti. Shackri tak pernah curang! Dia hanya membantu. Aku yang bersalah kerana salah sangka. Aku yang bersalah kerana pergi membawa hati yang luka. Aku yang bersalah kerana tak percayakan dia.'

"I'm sorry." itulah yang mampu aku luahkan. Rasa bersalah memuncak.

'Selama ni aku yang salah sangka.. Kenapa aku tak ikut gerak hati aku.. Kenapa aku terlalu emosi.. Kenapa aku ni lemah!' marahku pada diriku.

"Sayang.." Shackri memanggilku lembut.

"Sudikah sayang menerima kembali kisah cinta kita yang terapung?" tanya Shackri lembut sambil mengusap ubun-ubunku.

"Biarlah masa menentukan segalanya. Kalau kita memang diciptakan bersama ke mana pun berlari pasti bertemu jua. Abang maafkan saya kerana sikap saya yang terburu-buru ni abang terseksa. Saya bukan yang terbaik untuk abang, abang berhak lebih baik. Saya bawa duka kepada abang daripada suka. Lihatlah abang sekarang.Abang kurus cengkung semuanya salah saya..."tangisku lemah.

Air mataku mengalir tanpaku sedari. Sedih rasanya . Pilu dan hiba serta sebak melihat kesilapanku yang menyebabkan kita berdua terseksa.

'Shackri yang dulunya berisi sudah kurus cengkung dan semuanya salahku!' marahku pada diriku.

"Yang terbaik ialah apa yang berada di hadapan abang." lembut Shackri katakan tapi cukup untuk mengukir senyuman di hati yang lara ini.

****

"Hello.." suara Fiqa kedengaran di hujung talian.

"Fiqa! Ko dah lama nak rasa nasi minyak kan?"

"APA?! Ko nak kahwin??!!"

'Biarlah cinta yang bersemadi dalam hati ini hanyut. Jikalau itulah suratan takdir tiada gunanya rebel demi cinta yang sudah pasti siap pemenangnya.' pujuk hati Fiq yang terluka. Tersenyum, berpura-pura gembira dalam luka mendengar khabar berita daripada Fiqa.

The end~