Saturday, February 28, 2009

luahan hati aku.

Hidup aku ni macam novel.
Macam2 konflik.
From kecik, aku gaduh dgn kawan aku coz dia tahla tikam aku dr belakang, besfren plak tue.
Then dah besar sikit gaduh ngan mamat cina sorg sampai tulang kaki retak and tulang jari kanan yang kecik tue retak gak. Lebam tue tak yah citelerr.
Sampai sekarang ada bekas tulang retak tue..
Caya tak? tak caya sudah~
Pastu kena tikam dari belakang lagi pasal pe ak pun tak tau tapi for sure bukan salah aku dia salah paham.
I mean seriously, kenapa lah banyak sangat dugaan yang harus aku tempuhi kut mana aku pi.
Bila la nak senang and lancar perjalanan aku niyh?
Dah guna minyak shell tapi tak lancar2 pon. Kerek je lebih.
Kat tempat keje plak tak habis2 aku kena hentam sebab datang lambat.
Dia ingat aku saja suka2 datang lambat, suka gaji aku kena potong? Hampeh~
Keja macam nk mampuih gaji kena potong sbab dtg lmbt boleh blah..
Dah tren tue buat hal salah aku ke? Ada hari tue nak je aku tekan butang interkom tue cakap kat driver tren tue 'Oi! Bawak la cepat sket~ Orang nk pi keje bukan nak makan angin. Kurang ajar betul pasal tren lembap aku kena dengar ceramah free.
Serious aku memang boleh senyum konon2 takde pape tapi memang aku senyum tak ikhlas, hipokrit.'
But Alhamdulillah sekarang masalah kena ceramah free dah makin berkurang cuma sekarang dalam dilemma.
Dulu, konon2 aku ada janji dengan sorang ni nak gi satu u sama dengan dia.
Dia tuntut janji tu sampai sekarang but sungguh aku tak nampak pon keseriusan dia. Dah tue dia macam bagi aku was2 jer.
Kang aku masuk u yang sama dengan dia dia abaikan aku dan wat lantak je kewujudanku.
Cam bengong je. Atleast kalo ko betul2 nakkan aku masuk satu u dgn ko bagilah aku nmpk kesungguhan ko, ni nyer tak aku nampak dye mcm main2 jer tapi takkan la dah 2 tahun berlalu dia still main2.. ke dia nk test aku?? Arghh!!! siot~ aku mmg tak tau.
Aku memang failure dalam bab cinta ni. aku rasa aku nak tutup jer buku cinta niyh..
Dah macam2 kes aku kena, kzen aku sndiri la, bdak cina la, bdak mlayu la, bdk indon la, bdk india pon ada, tomboy pon ada.. Erk.. seram! besfren la hah besfren pnyer bf la.. ee~ ngeri!!!

Nak test power pon pilih orang la jugak. ni pilih aku. punyalah byk orang nk test power aku jugak jadi mangsa. siot tul!

Dah tu aku ni pendek kata member aku ckp ada 2 personaliti. satu ok satu lagi teruk sketlah.
for now yang truk tue belum tunjuk lg la kat opis so mmg bebudak sama keje ngan tmpat keje aku tak tau but... yang skola sama dgn aku tau la kot.'

Ada satu masa ni aku boleh jadi macam angel, innocent, baik, xsuka lawan cakap and etc.. Pandai amik hati lah kelakar la or so whatsoever but ada satu time ni aku boleh jadi ala2 pervert la.. Gatal gler dgn mata aku so convincing. Nak wat gedik2 pon jadi, manja nak usha org pon sume ckup but for now aku cuba content la perangai burok tue. Dengan suka memberontaknye, suka menjawabnya and so on haishh.. pening aku.

Sekarang
aku try pasif but kkdg ni ada entiti2 ni yang boleh menggugat aku. Dahla aku ni pendendam so susah sket aku nk lupakn kisah silam. Aku boleh maafkan okay no hal but kalo dah tembak aku 4-5 kali duk conteng muka aku dgn arang jangan harap maaf boleh datang dgn petik jari.


Sometimes aku jadi emo coz aku tak tau perasaan apa aku nak salurkan, cara2 aku nak kurangkan tekanan orang yang tak paham perli2 la suka menangis la apa benda tah. Ada aku kesah. Ko tak tau hidup aku ni macam mana susah senang dia jadi jangan nak pandai2 jaga tepi kain orang. Suka hati akulah nak nangis ke gelak ke janji aku tak meletup. Ko tak rasa apa aku rasa, ko tak rasa ketegangan yang aku alami jadi jangan belagak ko tau sume benda. Ko tak tau sejak umo berapa aku jadi matang, aku je yang tau. Aku je dengan Tuhanku. Ko tau ke masa kecik aku pernah terfikir nak larikan diri dari rumah la, bunuh la and so on cuma aku fikir balik masak2 dengan tiang agama aku yang Alhamdulillah still tak goyah agar tak wat perkara bodoh.. Aku benci giler2 bile masalah timbul, bikin panas jer.

Kadang2 benda kecik pon boleh buat aku bengang, bukan aku suka2 nak marah dah tue je emo yang menguasai diri aku but atlast aku try cover and aku rasa covering aku ni makin bagus la, jugak. hehehe.. kkdg aku bengang gak dgn member yang tak memahami ni. Harap aku sorg je paham je dia tak nak paham aku boleh blah. kirim salam jer. Aku memang bengkek gler dgn org macam ni. Bukan aku takde banyak, sampai aku boleh meletup but aku try tak nk meletup. Aku tak boleh bygkan bila aku dah smpai tahap climax. mesti teruk gler..
Hopefully takkan sampai! Amin~

Fuhhh.. luah gak apa yang terpendam selama ni. HAahaha.. Lega sket kang aku terasa nk tambah aku tambah.. Hahahaha^^

Thursday, February 5, 2009

rebellion demi cinta 3

"Shackri???" tergamam seketika apabila menatap wajah di hadapanku.

'Kenapa dengan kau?? Kurus sekali.. Pucat dan oh, tidak bermaya.. Kenapa dengan kau?' tangis hatiku.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam."

Aku kebuntuan idea. Apa yang perlu dikatakan. Apa yang perlu diborakkan.

"Kenapa awak menangis?" soalnya lembut sekali membuatkan lemah segala sendi-sendiku.

"Te-tak. Mana ada nangis... Tadi...."

"Habuk masuk mata.: pintasnya.

"Ah'ha." aku menggaru kepalaku secara spontan.

Bukan kerana gatal tetapi kantoi, penipuanku terserlah merlah!

"Syg, macamlah sehari dua abang kenal sayang." katanya selamba.

"Huh?" soalku keliru, terkejut dan tersentak semuanya bercampur aduk.

"Oh, I'm sorry." jelas dia juga terkejut dengan keterlanjuran dia.

"It's fine. I think saya nak balik dulu lah, dah lama saya keluar ni."

"Awak taknak tau apa jadi?" soalnya mengabaikan kenyataanku tadi.

"Apa?'' soalku pura-pura tidak mengetahui.

"Khabar saya kahwin dan.."

"Tak perlu!" pintasku pantas.

"Dah jelas lagi nyata tak perlu diungkitkan kisah lama."

"Semuanya tipu belaka! Abang tak pernah kahwin dah tak pernah pindah!" katanya pantas.

"APA?!!"

"Abang terpaksa." katanya sambil mengeluh besar.

"Kenapa pula?" soalku perasaan ingin tahuku memuncak.

"Sebenarnya, ayah abang suruh abang kahwin dengan Kamelia. Kamelia ugut dia akan bunuh diri kalau abang tak. Abang tak nak tanggung dosa orang bunuh diri sebab abang. Abang terpaksa akur. Kami pun bertunang. Semasa kita bercinta abang dah terikat dengan Kamelia. Tiga hari sebelum kahwin Kamelia muntah-muntah. Kononnya sakit perut. Abang bawa dia pergi klinik. Rupa-rupanya dia mengandung dan..." Shackri berhenti berbicara sebentar sebelum sambung kembali cerita rancaknya " bukan benih sebab abang tak pernah sentuh dia lagi walaupun tangan dia. Abang tak sanggup membesarkan anak yang bukan benih abang tapi sebab tak mahu jatuhkan maruah keluarga Kamelia abang terpaksa berpura-pura jadi suami Kamelia sampailah anak selamat dilahirkan dan mereka pindah ke tempat lain. Abang minta maaf abang tak cerita kat sayang. I'm sorry I hide this from you. I came back for you tapi you left without goodbye." katanya dengan nada yang penuh rasa bersalah dan kecewa.

'Kini aku mengerti. Shackri tak pernah curang! Dia hanya membantu. Aku yang bersalah kerana salah sangka. Aku yang bersalah kerana pergi membawa hati yang luka. Aku yang bersalah kerana tak percayakan dia.'

"I'm sorry." itulah yang mampu aku luahkan. Rasa bersalah memuncak.

'Selama ni aku yang salah sangka.. Kenapa aku tak ikut gerak hati aku.. Kenapa aku terlalu emosi.. Kenapa aku ni lemah!' marahku pada diriku.

"Sayang.." Shackri memanggilku lembut.

"Sudikah sayang menerima kembali kisah cinta kita yang terapung?" tanya Shackri lembut sambil mengusap ubun-ubunku.

"Biarlah masa menentukan segalanya. Kalau kita memang diciptakan bersama ke mana pun berlari pasti bertemu jua. Abang maafkan saya kerana sikap saya yang terburu-buru ni abang terseksa. Saya bukan yang terbaik untuk abang, abang berhak lebih baik. Saya bawa duka kepada abang daripada suka. Lihatlah abang sekarang.Abang kurus cengkung semuanya salah saya..."tangisku lemah.

Air mataku mengalir tanpaku sedari. Sedih rasanya . Pilu dan hiba serta sebak melihat kesilapanku yang menyebabkan kita berdua terseksa.

'Shackri yang dulunya berisi sudah kurus cengkung dan semuanya salahku!' marahku pada diriku.

"Yang terbaik ialah apa yang berada di hadapan abang." lembut Shackri katakan tapi cukup untuk mengukir senyuman di hati yang lara ini.

****

"Hello.." suara Fiqa kedengaran di hujung talian.

"Fiqa! Ko dah lama nak rasa nasi minyak kan?"

"APA?! Ko nak kahwin??!!"

'Biarlah cinta yang bersemadi dalam hati ini hanyut. Jikalau itulah suratan takdir tiada gunanya rebel demi cinta yang sudah pasti siap pemenangnya.' pujuk hati Fiq yang terluka. Tersenyum, berpura-pura gembira dalam luka mendengar khabar berita daripada Fiqa.

The end~

Tuesday, February 3, 2009

Mimpi yang sempurna.

~~this is frustrating!! nak ajak kwan ah masuk blogspot!!!! Hahaha.. ~~~~

cite pendek.. suka-suki jer ni.. tah tetiba ada idea.. nak smbg yg satu lg saja malas nk wat saspen.. hahaha..

****

Bayu laut begitu mendamaikan.

Begitulah hatiku yang kini tenang tanpa sebarang dilemma dan gangguan.

Tanpa sebarang keluh-kesah.

Tanpa sebarang cacat cela.

Sudah tiga hari aku membawa diri keseorangan di dalam lautan sepi.

Sudah tiba masanya aku menyendiri seketika.

Memikirkan segala epilog dan kisah-kisah cinta dan duka..

Memikirkan masa depan yang masih tiada kepastian.

Memikirkan tentang cinta yang masih meragukan.

Memikirkan cara penyelesaian yang terbaik tanpa melukakan sesiapa.

"Laut itu biru, yang penting 'i love you.'" butir bicara Haris berkumandang di telingaku.

"Benarkah?" aku tertanya kerana pada hakikatnya Haris itu terkenal dengan sikapnya, buaya darat, buaya laut apa lagi yang belum dilabel padanya.

Hatiku memberontak.

'Jangan jatuh cinta pada buaya darat tu naya kau. Ingat!' malangnya hati ini terlalu degil untuk mendengar nasihat.

Malangnya nasi sudah jadi bubur.

Malangnya aku sudah mula menyimpan perasaan yang ingin aku elakkan selama ini.

****

AKu mula bertapak di tempat yang serba gah ini sebagai setiausaha Encik HAris yang memang terkenal dengan kemahirannya berkerja dan kejayaannya yang terulung.

Dia juga bukan sahaja terkenal kerana kejayaannya tetapi kerana rupa parasnya dan peribadinya yang memukau.

Orangnya tinggi, kacukan cina dan melayu, putih dan matanya coklat hazel. Sepasang mata yang boleh menghayutkan sesiapa sahaja yang lemah imannya. Badannya tegap dan sasa. Berperibadi menarik, berkaliber dan pandai berbahas, apatah lagi pandai berbunga-bunga. Malah latar belakangnya daripada keluarga kaya dan baik.

Boleh dikatakan dia ciri-ciri 'perfect man.'

kata-kata kawanku terngiang-ngiang di telingaku.

"Assalamualaikum.Saya..." tidak sempat aku menghabiskan salam perkenalan aku Haris memotongku.

"Saya tidak peduli langsung siapa awak yang penting jadual saya untuk esok mesti beres. Faham?" bicaranya kasar.

'Inikah Haris yang begitu sempurna. Huh! Kasar nak mamp0s.Harap muka je lawa, perangai hancur lebur!salah informasi tentang mamat ni!'

"Awak ni bisu ke pekak? Jawab la ye ke tak!" kata Haris mematikan lamunanku. Entah sejak bila dia berdiri di hadapanku, begitu dekat sampaikan aku... beralah ke belakang dan jatuh terduduk.

'Adui! Malunya!! Pandangan pertama aku habis hancur, secretary kolot!' butiran yang menyakitkan kalbu muncul seperti perkataan-perkataan di skrin komputer.

Lemah gemalai.... dan menyakitkan hati.

"Se-saya paham."aku menjawab dan cepat-cepat bangun daripada posisi aku yang terlampau cun tu.

Semenjak hari itu, hidup aku tidak sama sekali pernah aman.

Pukul 3 pagi emel daripada bos pasal kerja.

Pukul 4 pagi emel tentang komplain.

Pukul 5 pagi emel rancangan induk.

Pukul 6 pagi ada sms mengenai makan pagi dengan Datuk Johan.

Pukul 7 pagi ada panggilan daripada bos.

Pukul 8 pagi jadi 'bodyguard' Haris kena selesaikan masalah ex dia.

Pukul.................

Alkisahnya setiap masa aku diperuntukkan untuk Haris dan hanya Haris, termasuklah masa rehat aku. Selama tiga bulan bekerja tiga bulan itulah aku menderita dan terseksa.

Haris suka-suka sahaja buat aku macam kuli dia. Tidur aku pun dia potong pendek. Sudahla makan minum dia aku kena ambil pusing ni baju dia kat dobi pun aku kena ambil.

'Argh, sedihnya!' sakit satu badan aku ni!


"Nanti awak tolong bawa baju saya pergi dobi pukul 8 dan datang balik sini sebelum pukul 9.30 ok saya ada meeting yang nak kena pergi awak kena siapkan report dan profile company tu." Haris berkata selamba tetapi dengan nada mengarah.

"Encik Haris kalau jam macam mana? Lagipun report apa ni?"soalku menggaru kepalaku.

"Syarikat Agung Holdings."

"Bila masa Encik Haris suruh? Saya tak ingat pun." tanyaku kebingungan.

"Sekaranglah!" arahnya.

"Mana sempat siap."

"Awak jangan bagi alasan dengan saya, faham!" marahnya tegas.

"O-ok." jawabku kecut perut kerana sergahan Haris.

****


'Mamat ni melampau! Melampau memang melampau!Dia buat aku hamba dia!' getus hatiku.

"Encik Haris profile dia dah siap!" kataku berpeluh-peluh kerana mengejar masa. Nasib baik Syarikat Ulda Holdings pernah buat projek bersama dengan Syarikat Agung Holdings, jadi profile Syarikat senang diperoleh.

"Bagus, letak atas meja tu. Nanti saya cek. Anyway meeting tu hari Sabtu, note that okay?" kata Haris selamba.

'Apa?!!!!!!!' hatiku mula panas, darahku membuak-buak ingin meletup! Tak boleh jadi ni! Melampau!'

"Encik Haris ni ingat saya ni kuli Cik Haris ke? Ke robot?! Separuh mati saya kejar masa saya buat itu buat ini, tidur tak cukup, buat kerja yang dek tak masuk akal, hantar baju kat dobi yang kononnya dekat sini sedangkan nak dekat setengah jam bontot saya panas pandu pergi balik kedai dobi tu, lagi nak siapkan profile tu yang saya ingat Encik Haris nak guna kejap lagi,terkejar-kejar, terlari-lari macam orang gila sebab Encik Haris sedangkan minggu depan baru Encik Haris nak guna. Dahla tengah-tengah malam orang tengah syok tidur emel, sms lah and telefon oranglah. Hantar bungalah kat minah manatah. Lepas tu, harap maaf Encik Haris sibuk. Saya jadi mangsa amarah dorang. Dorang maki hamun saya, saya sabar je tetapi sekarang ni. Encik Haris ni memang melampau! Memang dah melampaui batas! Harap muka je lawa perangai hampeh. Dah tu boleh tersengih-sengih lagi orang tengah marah ni! Is ni gila ke apa?! Ke Is ni sewel! Saya letak jawatan lah macam ni! Saya dah tak larat buat kerja gila ni!" aku melepaskan segala amarah dan dendam yang terpendam.

"Awak ni kelakarlah!" pendek sahaja jawapan Encik Haris tetapi begitu meyakitkan hati.

"APA??!! Is ni gila ke?? Ke memang sewel?! Orang memang tengah marah ni dia boleh cakap orang buat lawak. Apa yang lawak sangat hah? Saya macam orang bodoh ke terkial-kial buat kerja yang Is suruh?!"aku terus memarahi Haris. Geram sungguh rasanya apabila diperlakukan begitu.

"Saya nak tanya sesuatu boleh?" Haris tanya selamba dan masih tersengih-sengih.

'Eeei! Geramnya!'

"Is nak tanya apa?" aku mencebik, sudah bersiap sedia nak lawan bahas dengan Haris. Hebat tak hebat aku ni berbahas kalau aku dah panas sah pusing ikut mana pun aku mesti nak menang!

"Will you marry me? Be beside me as my wife, be the mother of our kids and be a daughter and sister to my parents and siblings?"

"Saya Is dah... APA??!!! Ulang balik!" soalku separuh nyawa.

'tadi macam salah dengar je.'

"Will you marry me, be beside me as my beloved wife, be the mother of our little babies, be a faithful daughter to my parents and a good sister for my siblibgs?" ulangnya.

"Huh?"

"Wil you..."

"No, no. Saya faham tapi apa yang Encik Haris merepek ni?" soalku keliru.

"Eh, Encik Haris pula bukan Is ke?" soal Haris tersengih-sengih.

"Huh? Apa Cik Haris..."

"Aishiteru."

"Huh?"

"Saranghaeyo."

"Apa?"

"Jetaime'.

"Apa yang Encik Haris cakap ni?"

"Wo ai ni."

What?"

"Saya cintakan awak."

"Hah?"

I. LOVE. YOU"

"What?"

"I love you since the first day I lay my eyes on you. The first day I find out that you're clumsy. The first day I saw you fell down and you pout. I love you!"

"Encik Haris demam ke?" soalku risau.

"Demamkan awak."

"Huh?"

"Saya jadi tak tentu arah bila saya dengan awak. I want you to be mine. I really want you but I also want to test you, whether you're though or not to handle the pressure with me or you want my money.. Saya fikirkan tentang awak setiap masa. It's driving me nuts!"

"Chup! Encik Haris jadikan tikus uji kaji Encik Haris la maksudnya?" soalku dengan nada yang tegang. Aku tak percaya yang aku dipermainkan hidup-hidup!!

"saya.."

Belum sempat dia meneruskan kata-katanya aku pergi dari situ. Hatiku sakit, marah dan geram kerana dipermainkan. Akhirnya di sinilah kini aku berada. Jauh daripada Haris.
Daripada pejabat. dan daripada apa yang sewaktu dengannya.

"Dia jadikan aku tikus eksperimen dia! Bengang betul! Panas!!" gumamku sendiri.

Tetapi entah kenapa aku kembali tersenyum.

'Indah sungguh perasaan rasa dihargai. Haris, oh Haris kau sudah terlambat. Mungkin kau sudah dapat memancing perhatianku tetapi sunggh aku tidak dapat menjadi milikmu kerana aku bukan untukmu.' keluhku.

'Rasa kecewa menyerbu diriku. Sedih tak menentu. Kenapa apabila aku mula mengenal erti sayang, suka, cinta dan rindu aku perlu belajar melupakannya kembali?' tangis hatiku.

'Oh, hati lupakanlah jejaka itu! Dia bukan untukmu ingati dan rindui.'

Petang berikutnya aku buka emelku.

Ingin mengisi masa luangku daripada duduk termenung sahaja baik buat sesuatu.

'Kenapalah duk ingat Haris je ni!!! Arghh!!' marahku pada diriku kerana bayangan Haris masih di ingatanku.

Emel daripada Haris...

'Hish! Panjang nyawa mamat ni! Aaaa~~ Lupakan lah dia!!!' aku menjerit dalam hati sambil menekan emelnya.

Sayang..
I know you must be angry now, saya faham.
Saya pun akan marah kalau diperlakukan macam tu.
Tapi I have too.
Sebabya saya buat macam tu sebab saya nak tengok sejauh mana awak mampu bertahan dengan perangai saya.
Sejauh mana awak boleh handle presure.
Sejauh mana awak boleh handle problem yang berkaitan dengan ex sy.
sejauh mana awak mampu handle saya, jaga kebajikan saya dan perihatin terhadap saya.
dan sejujur-jujurnya saya percaya awak diciptakan untuk saya.
Sekejap sahaja awak boleh tahu apa yang saya suka, macam mana nak handle kerja professionally macam awak dah lama buat, tahu apa yang saya tak suka, tahu mengatur masa and awak tak cuba goda saya pun macam perempuan lain.
Awak lain daripada lain, sebab tu saya tertarik dengan awak.
Awak banyak berkorban demi saya dan tak banyak komplain.
Awak buat saya rasa kagum sampai saya rasa hari saya tak sempurna tanpa awak.
Awak menjadi igauan saya pagi, petang, siang, malam, setiap saat, setiap detik saya hanya mampu fikirkan tentang awak.
Senyuman awak, muka marah awak, gelak tawa awak, muka ttension awak dan muka risau awak. Semuanya sempurna bagi saya.
Saya bagi awak cuti bergaji 5 hari.
Take your time and think carefully.
Saya taknak pressure awak.
Be save.
I love you.

Haris.

Hatiku tersentuh, gugup tak semena-mena. Tak pernah orang berkata sebegitu padaku. Tak pernah orang begitu menghargaiku. Tak pernah orang prihatin terhadap diriku. tak pernah ada orang ambil pusing tentang kewujudanku.

Haris.. Kau buat aku rasa istimewa, tapi punyakah aku perasaan yang kau dambakan? Aku sukakan kau, terlalu sukakan kau sebenarnya tetapi malangnya suka itu hanya aku sahaja yang tahu kerana kau sudah terlambat. Aku tak dapat beritahu kau apa yang hatiku inginkan sekarang adalah kau.

Hari ke-6. Aku pergi ke kerja seperti biasa, cuma hati ku agak kencang. rimas tak tentu arah.
Menggelabah sentiasa. Nama dan wajah Haris berlegar di ingatanku.

'kenapa Is belum smpai?'

'Kenapa rindu sangat nak tengok dia ni!! Aishh~!!!!!! Haris!!! Mana kau niii!!!' aku menarik muka masam.

'janganlah macamni!' aku pujuk diriku.

Tiba-tiba aku terlihat kelibat yang aku nantikan. Gemuruh merayap ke seluruh anggotaku.

Mata hazelnya yang dalam menusuk ke dalam jantung hatiku.


"Is... I'm sorry but I don't love you." kataku lemah dan serba salah.

"You will learn to love me like I love you." katanya tenang.

"Tapi.. Saya dah ada orang yang saya nantikan dan cari selama ni." kataku ingin memastikan bibik-bibik harapan tidak sempat berputik dalam hati Haris.

'Sungguh pendek pertemuan kita, macam mana perasaan cinta itu dapat muncul?' pujuk akalku agar jangan terlalu ikutkan perasaan walhal aku tahu hakikatnya aku sudah mula menyimpan perasaan padanya.

'Malahan Haris sentiasa tegang dan serious dalam kerja, mana mungkin perasaan suka boleh wujud.' akalku masih cuba memujuk.

'Mungkin sekejap je kot dia suka dekat aku pastu tukar pula macam yang lepas-lepas tu.' kataku dalam hati.

Kenyataan itu menyentap ketenangan jiwaku. Sakitnya kalau diperlakukan begitu. Minta simpang!

Lagipun aku telah berikan sepenuhnya keputusan jodoh kepada kedua ibu bapaku. Malah sudah ada yang merisik, tapi apa tah nama dia lupa pula. Pelik sangat!

Ayah dan mama pun dah setuju.

"Awak.." aku memotong kata Haris.

"Lagipun tak lama lagi saya akan bertunang, awak lupakan lah saya. Anggap sahaja saya sebagai sahabat awak."kataku tenang.

'Arghhh!!! Kenapa lah macam ni jadi??!!! Aku dah jumpa orang yang aku suka.. tapi dia tu serious ke? Ke dia akan buat macam bekas- bekas dia tu, couple and clash and buhbye.. arghh!!! geramnya!!! tapi.. tapi.. aku tak boleh berdalih dah, aku memang sukakan dia! dah mula rindukan Haris.' ratap hatiku.

"Haha..'' Haris tergelak kecil.

"Kenapa?"

"Tidakkah awak mengecam saya sayang?" soal Haris sambil tersenyum simpul.

"Haris Ezmire, nama saya tak membawa maksud apa-apa dekat awak ke?" soalnya masih tersenyum besar.

Muka Haris kelihatan ceria dan seolah-olah bersinar-sinar.

"Tak."

"Sayang.. Saya Haris Ezmire bin Md. Shah.." katanya lagi.

"Apa yang awak nak sampaikan ni Haris saya tak faham, memang nama awak Haris Ezmire bin Md..... owh!" hilang kata-kata apabila akhirnya aku tersedar, ternyata bakal tunangku ialah Haris!

Kata-kata mama mula kembali ke dalam ingatan ku.

"Manis orangnya, angah. Nama pun sedap, anak Datuk Shah."

"Anak Datuk Shah?" aku soal Haris setelah lama diam terpaku.

Dia tersenyum simpul.

"Tapi nama ayah awak.."

"Saja tak nak letak 'Datuk' tak best!" kata Haris sambil mejelir lidah dan mengenyit matanya ala-ala anak nakal dan comel.

Aku berada dalam awang-awangan... Benarkah ini realiti ataupun mimpi yang sempurna??



The end~

Monday, February 2, 2009

rebellion demi cinta -2-

"H-heello.." fiqa menyahut panggilan Fiq yang entah ke berapa tah.

Dari sudut mataku aku hanya menjadi pemerhati yang setia.

'Dalam benar kedudukan si Taufiq ni dalam hati minah ni, sampai cakap pon tergagap-gagap. Pelik betullah realiti boleh plak cakap selamba bapak dye tapi dalam phone haishh.. hampeh! pelik benor den.' gumam hati kecilku.

"f-fiq.. de-dah ma-makan blom?" soal fiqa tergagap-gagap.

"weh, ko ni sejak bler kena pe-penya-nyakit ga-ge-gap niyh?" aku meniru aksi Fiqa tergagap-gagap, dye hanya mampu mencebik.

'Adei, geli perut pun ada, geli hati lagi la ada, menyampah melampau-lampau pun ada. Jangan salah sangka bukan menyampah sebab cemburu ke apa, tiada niat hitam di dalam hati tapi sejujurnya perasaan menyampah muncul apabila kita tahu hakikatnya kawan baik yang teramat baik kita ni hampeh bler gayut.. hahahaha.. tak boleh blah..'

"k-kayla-la Fiq bye..!" Fiqa menamatkan panggilan mereka.

"weh, den pelik bebonar dengan kam0 ni." aku mula bercerita dengan longhatku.

"Kamo jumpe dye tue depe-depe boleh cakap tapi kamo dale tep0n macam brek kete.. scrett.. scrett.. screett.. tak lancar langsung! Pergh!!" aku memerli Fiqa hidup- hidup.

'Aku ni memang jahat, sab0 je ler sayang.' hati kecilku merengus.

Aku tersengih-tersengih terhadap Fiqa ingin meneruskan perang usik-mengusik.

Fiqa tayang muka seposen.. 'Cover malu la tu..'

"Dah la wei, aku lapar ni. Jom gi makan." aku berkata setelah lama berdiam diri, ceh lama la sangat.

"...." Fiqa hanya mampu tersenyum sampai mengetap bibir bawahnya. Munkinkah dye marah ataupun ingin menahan ataupun.....

"AAAA!!! Bestnyer dapat cakap dengan FIQ!!!!!" Fiqa menjerit secara tiba-tiba.

'mak dd-datuk!!! nasib baik tak lemah jantung kalo tak boleh mampos aku kat sini. Gler betul minah ni jerit sikit main kuat. dah tu out of blue pulak tue.' aku menggerutu dalam hati.

"Weih! Ko ni pehal happy sangat ni? Cakap je dengan dye bukannya dye ajak kahwin pun!! Dah melalak cam orang gila. Malu aku nak mengaku kawan." aku memerli Fiqa.

"Dye ajak aku jadi awek dye!!!! AAa~~!!! BESTNYER!!!!" Fiqa menjerit menyampaikan 'happy news'.

Tetapi entah kenapa aku rasa tersentap. Tiba-tiba rasa macam susah nak bernafas. Tiba-tiba hati rasa sakit. Sakit yang tak dapat diungkapkan. Sakit yang tak dapat dileraikan.

'Kenapa dengan aku ni. Kenapa tiba-tiba susah nak bernafas niyh! Kenapa aku rasa macamni? Mana mungkin aku.... cemburu? Aaa!! Masakan! Tak mungkinlah!' aku cuba meyakinkan diriku yang berada dalam dilemma.

"Oh, really? Wow~ Congrats!!" aku berpura-pura gembira di depan Fiqa. Aku berlakon aku gembira tetapi pada hakikatnya aku masih lagi tersentap. Masih lagi sakit. Hakikatnya aku tidak suka sama sekali dengan khabar baik itu. Tetapi kenapa?....

'Kenapa Fiq harus mengungkapkan kata-kata sayang kalau pada dasarnya Fiq sukakan Fiqa. Kenapa harus Fiq bermain kata-kata kalau hakikatnya mereka tidak bermakna? dan.. Kenapakah aku mengambil pusing kata Fiq?? Hati oh hati, jangan kau buat hal hati!!' aku cuba berkata-kata pada diriku. Sungguh aku berada di ambang kekecewaaan dan ketidakpastian.

Selepas makan besama Fiqa aku pulang ke rumah menyiapkan assignment Prof Idris.

Hatiku memberontak. 'Kena jugak aku pinjam minah ni punya projek, beng-ong betullah!' Tiba-tiba perasaan marah terhadap Fiqa membuak-buak.

'Eh pehal aku marah sangat dekat Fiqa ni. Aishh! Sabar je lah.'

****

Hari silih berganti tanpa aku bersua muka dengan Fiqa dan juga Fiq. Maklumla asyik berkepit je mereka malas pula nak jadi orang ketiga.

'Mungkin mereka memang ditakdirkan untuk bersama... Fiqa dan fiq.. Nama pun dekat nak sama. Haishh' aku mengeluh untuk yang kali ke berapa tah.

****

Cuti semester akhirnya tiba. Aku cadang balik kampung. Fiqa ajak teman dia tinggal dekat sini tapi rindu dendamku terhadap kampungku membuatkan aku secara tak sengaja ternaik suara terhadap Fiqa.

'Fiqa, i'm sorry. I need time to heal.'


Alasanku sebenarnya satu penipuan. Memang aku rindukan kampungku, mak, ayah, adik, kakak tapi aku sebenarnya tengah cari jalan penyelesaian untuk meredakan hatiku yang panas ini.
Untuk mematikan api kebencian dan amarah yang membuak-buak dalam hatiku ini.

'Fiq pun dah lama tak call.'hatiku menjadi sayu. Perasaanku membuatku sedih dan semput, sukar rasanya untuk bernafas.

****

Pagi di kampung memang meriah. Bukannya dengar ayam dengan itik je dengar mak membebel, dengar ayah memekak dengar adik menjerit dengar kakak marah. wah!!! Memang meriah~ Macam ni lah pagi-pagi di rumah.

Mak marah adik malas mandi.
Ayah memekak kereta kena cakar kucing.
Kakak marah adik selongkar bilik.
Adik jerit sebab nak tegakkan benang yang basah.
Haisshh... hidup~

"Orang nak keluar jap pi ambil angin." aku mencelah di tengah-tengah keheningan rumah.

'Haishh, tak tenteram langsung duk rumah! macam pasar malam dari dulu sampai sekarang.'aku merungut.


****

Setelah jauh berjalan, memang jauh ok, aku sampai dekat tepi tasik. Tasik yang membawa kembali kenangan lampau.

"Awak nanti kita kahwin saya nak anak sepuluh orang!" kata jejaka buah hatiku.

"Awak gila apa? Awak ingat saya ni kilang buat anak ke? Awak beranak lah sendiri. Tak mau saya. Lagipun sapa yang pandai-pandai cakap yang saya nak kahwin dengan awak. Tak hingin saya!" aku mencebik sambil menjelir lidah terhadap Shackri.

"Eleh, jual mahal pulak. Anak tu rezeki Allah kalau dapat sepuluh tu kiranya berkat dan.. hmm.. kira subur la tue.. ekeke." dye mengekek.

Secara spontan aku mencubit paha kanannya.

"Adui! Sakitlah sayang!" Shackri mengadu.

"Padan muka." aku menjelir lidah terhadapnya.

"Sayang...."

'dia dah mula dah berbayang-bayang dengan aku. Ni yang aku lemah ni.'

Aku menjungkit kening kananku tanda 'apa'.

"Kalau ditakdirkan awak kahwin dengan saya, awak nak tak?" dia bertanya serious sekali.

"Kenapa awak tanya macam tu?" aku mula rasa menggelabah. Tak enak dek hati ditujukan soalan sebegitu.

"Katakanlah saya terlambat, sudikah awak tunggu kepulangan saya?" dye soal kembali tidak mengendahkan soalan ku.

"Kalau saya ditakdirkan kahwin dengan orang lain awak sudi terima saya lagi, walaupun sebagai kawan?" soalnya betubi-tubi.

"...."aku hanya berdiam diri.

"Awak saya tahu awak takut nak jawab tapi percayalah awak sayang saya terhadap awak tak pernah berubah. You're the one and the last."

Seminggu selepas soalan itu ditujukan aku mendapat berita Shackri berpindah ke tempat lain dan telah berkahwin.

Saat itu tiada apa yang penting. Aku hanya mahukan penjelasan! Tapi... aku tidak mahu berjumpa dengannya. Shackri tak guna!

Tanpa disangka-sangkakan air mataku menitis. Aku kembali ke realiti. Pedihnya masih terasa.

"Shackri...."aku membisik namanya.

'Kenapa harus aku gagal dalam perjalanan percintaan hidupku ini.

Aku kehilangan Shackri dan kini aku kehilangan Taufiq..

Mungkinkah aku ditakdirkan hidup bersendiri dan tidak berpasangan.

Mungkinkah itulah suratan takdirku?...

Kegagalan dalam percintaan kerana sikapku yang terlalu protective dan sukar mempercayai orang lain..

Mungkinkah?...

"Assalamualaikum.." satu suara yang sangat aku rindui kedengaran di gegendang telingaku.

'Mana mungkin!'

to be continue.. hahaha.. jangan marah^^

dbsk mem0irs~

Susu~Omo~~ My hubby so cute!! ekekeke.. miss them soo much!!! aaa~~ dbsk rocks!
Yunnie and Jaejae~ So hot!!! hahahaha^^
Minnie so cute!!! Should do more cute pose! Love it~
Chunnie soo hmm.. speechless.. Gosh~

saranghaeyo jigum cheorom junnie aka susu^^

*Whoever upload these photo thxs like hell, muahx0xo love you guys~*